Bersatu gerak jentera, sedia hadapi pilihan raya mengejut - Utusan Malaysia

Bersatu gerak jentera, sedia hadapi pilihan raya mengejut

AZMIN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menggerakkan jentera untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya mengejut pada hujung tahun ini.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara tersebut telah ditegaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku presiden dalam perbincangan bersama pemimpin parti itu, semalam.

“Presiden menegaskan bahawa semua jentera Bersatu mesti digerakkan sekarang untuk menghadapi kemungkinan ‘snap election’ pada hujung tahun ini,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya semalam.

Beliau menambah, perbincangan itu juga memberi tumpuan kepada perkara tersebut yang disifatkan beliau sebagai ‘perkembangan yang amat meyakinkan’.

Jelasnya, ia susulan perbincangan khas dalam kalangan kepemimpinan tertinggi Bersatu dan Pas termasuk Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) pada 5 Februari lalu.

“Presiden Bersatu menegaskan bahawa semua jentera mesti digerakkan sekarang.

“Arahan telah diberikan supaya audit kekuatan jentera dilakukan di seluruh negeri, terutama di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi tumpuan,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya