Beri ruang siasatan dakwaan doktor hospital universiti dipecat - Utusan Malaysia

Beri ruang siasatan dakwaan doktor hospital universiti dipecat

ZAMBRY Abdul Kadir (tengah) melawat tapak projek madu kelulut pada Program Pemindahan Ilmu (KTP) Program Keusahawanan Kelulut Masyarakat Madani Pangkor hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Kementerian Pendidikan Tinggi telah menerima laporan berhubung dakwaan penggantungan kerja seorang Pakar Runding Sambilan yang didakwa berkaitan gangguan seksual di sebuah Hospital Universiti Pakar Kanak-kanak.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, perkara itu diserahkan kepada pihak bertanggungjawab untuk siasatan.

“Untuk peringkat ini kita minta supaya siasatan sepertimana yang dilaporkan itu dibuat bukan semata-mata membabitkan ketua jabatan yang berkenaan, tetapi juga ke atas individu (doktor pakar) yang dituduh itu.

“Saya sudah pun minta laporan, yang mana ini lanjutan daripada kononnya pihak ketua jabatan yang berkenaan memecat seorang doktor pakar di hospital. Seolah-olah menganggap kita tidak mengambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian program Projek Program Pemindahan Ilmu (KTP) Program Keusahawanan Kelulut Masyarakat Madani Pangkor anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Pulau Pangkor hari ini.

Terdahulu, satu hantaran dalam media sosial tular dengan mempersoalkan tindakan pengarah hospital berkenaan yang mengeluarkan arahan penggantungan kerja seorang Pakar Runding Sambilan di hospital universiti tersebut.

Hantaran dalam laman media sosial X itu turut mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menimbulkan persepsi masyarakat terhadap institusi terbabit serta kementerian.

Zambry pada masa sama meminta semua pihak tidak memperbesarkan isu berkenaan dengan membuat tohmahan dan menyebarkan kenyataan tanpa memeriksa latar belakang kes tersebut.

“Saya juga ingin memberi nasihat supaya apabila membuat sesuatu hantaran, pastikan supaya maklumat itu benar-benar tepat. Kalau tidak nanti ia akan menimbulkan lebih banyak masalah termasuk juga soal untuk menjaga maruah dan aib seseorang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya