Beri peluang sekali lagi kepada kerajaan GRS-PH Plus memerintah

Beri peluang sekali lagi kepada kerajaan GRS-PH Plus memerintah

HAJIJI Noor (tengah) hadir pada Majlis Amanat Tahun Baharu Ketua Menteri di SICC, Kota Kinabalu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berharap kerajaan Gabungan Rak­yat Sabah (GRS)-Pakatan Harapan (PH) Plus yang dipim­pinnya diberikan peluang sekali lagi untuk memerintah negeri ini.

Beliau menegaskan masih banyak yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk memajukan negeri dan memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

“Saya berharap kerajaan yang ada sekarang dapat diberi mandat oleh rakyat untuk terus memimpin Sabah dan jika kerajaan ini kembali memerintah, kita akan terus bekerjasama untuk menjayakan dan memperhebatkan pelaksanaan dasar hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya pada Majlis Amanat Tahun Baharu Ketua Menteri bersama penjawat awam negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini semalam.

Katanya, pelan pembangunan hala tuju SMJ 1.0 yang telah dilaksanakan akan diteruskan dengan SMJ 2.0 demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan seluruh rakyat malah menekankan bahawa agenda kerajaan adalah untuk menjadikan Sabah sebuah negeri yang hebat dan maju.

Tegasnya hubungan baik antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan, membawa banyak manfaat kepada Sabah, termasuk menyelesaikan pelbagai isu berkaitan perundangan, Akta, serta Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Malah isu-isu kerjasama de­ngan syarikat minyak negara, Petronas juga turut dibincangkan dan diberi perhatian dalam usaha membawa keuntungan kepada negeri ini.

Sementara itu, Hajiji turut menegur penjawat awam, khususnya yang berjawatan tinggi, supaya sentiasa berhati-hati dalam menjalankan tugas mereka, berikutan pengaruh media sosial yang kini semakin berpe­ranan dalam menyebarkan sebarang tindakan atau kenyataan.

“Rakyat kini menjadi kamera litar tertutup (CCTV), dan penjawat awam perlu me­nyedari bahawa setiap langkah dan tutur kata mereka mungkin dirakam tanpa disedari.

“Kini zaman teknologi canggih ini, golongan anti-kerajaan sering menggunakan platform media sosial untuk menyebarkan kebencian dan kritikan terhadap kerajaan, yang menjadi cabaran baru bagi pentadbiran negeri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya