Bercuti berdua dengan suami orang - Utusan Malaysia

Bercuti berdua dengan suami orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pening sudah Cik Bunga dengan kelakuan seorang artis wanita ini. Pada mulanya, Cik Bunga fikir dia sudah berubah sejak sudah berpisah dengan bekas suaminya sebelum ini. 

Iyalah, ada orang, bila sudah diuji berat dengan kegagalan rumah tangga, dia jadi serik untuk bercinta lagi apatah lagi hendak kembali mendirikan rumah tangga. 

Namun tak sangka juga ada manusia, tak pernah serik-serik. Pula itu, tak pernah serik merujuk kepada masih tak sedar diri dan tak nak ubah perangai supaya menjadi insan yang lebih baik, lebih kurang begitulah maksud Cik Bunga. 

Nak dijadikan cerita, ada sumber beritahu pada Cik Bunga, si pelakon wanita ini sedang galak bercinta dengan suami orang. 

Tak pasti pula sudah berapa lama hubungan itu berlangsung. Apa yang penting, isteri orang itu sudah dapat tahu tentang kecurangan suaminya dengan pelakon suam suam kuku tersebut. 

Cik Bunga juga dimaklumkan, baru-baru ini, pelakon wanita itu sudah ‘terbang’ ke negara jiran untuk bercuti. Lebih kurang seminggu jugalah dia ada di sana. 

Tetapi dia tidak berseorangan, bukan percutian ala-ala ‘backpackers’ lah ya dik. Suami orang itu pun terbang bersamanya ke sana. Bercuti berdualah dik. Iyalah, berdua kan lebih baik bak lagu Acha Septriasa.

Cik Bunga rasa, isteri kepada lelaki tersebut mungkin tidak tahu lagi tentang percutian tersebut. Tetapi mustahil juga dia tidak tahu ya? Kalau suami sudah tidak pulang ke rumah seminggu, tak akanlah dia tidak tanya bukan?

Namun kalau sudah namanya lelaki gatal, setakat nak menipu isteri itu agaknya sudah mahirlah ya. Kasihan juga Cik Bunga pada isteri lelaki itu. Kalau Cik Bunga, sudah lama tinggalkan lelaki macam itu. Silap hari bulan, lelaki itu pun bukan jenis berduit sangat. Lebih baik ucap selamat tinggal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya