'Beranilah goda saya, Uqasha gigit nanti' - Utusan Malaysia

‘Beranilah goda saya, Uqasha gigit nanti’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Di saat kontroversi rumah tangganya menjadi sorotan, pelakon, Kamal Adli menafikan dakwaan bahawa dirinya digoda seorang wanita kerana disangka sudah bercerai.

Menurut Kamal, dia percaya spekulasi itu timbul kerana dia bersama isterinya, Uqasha Senrose sudah jarang dilihat bersama.

“Tidak adalah, mana ada saya kena goda. Beranilah goda saya, Uqasha gigit nanti. Saya percaya spekulasi itu timbul kerana kami kurang muncul bersama dalam media sosial,” katanya.

Kamal mengulas perkara tersebut susulan tular sebuah siaran langsung di TikTok Uqasha mendedahkan seorang individu cuba menggoda suaminya kerana mereka sudah tidak bersama.

Kata Kamal, waktu kerjanya yang padat menjadi punca dia kurang meluangkan masa bersama Uqasha dan anak mereka, Hawra Uqaira.

“Memang saya sibuk menjalani penggambaran drama selama enam bulan. Saya tidak dapat tumpu kepada isteri dan anak. Saya kerap ke luar daerah atas urusan kerja.

“Sekarang saya mahu bayar balik hutang masa saya dengan memberi lebih fokus kepada keluarga,” katanya.

Tambah pelakon drama bersiri Dia Imamku itu, dia juga sudah jarang berkongsi momen mesra bersama keluarga kerana trauma dengan insiden yang berlaku di Singapura dua tahun lalu.

“Saya bukan tidak mahu berkongsi gambar. Cuma, insiden yang berlaku di Singapura sebelum ini membuatkan saya trauma dan takut untuk berkongsi di media sosial.

“Saya pernah cuba memuat naik beberapa perkongsian, tetapi saya padam semula kerana sudah hilang kepercayaan terhadap media sosial,” jelasnya.

Bagaimanapun, Kamal yakin setiap spekulasi yang tercetus berkenaan rumah tangganya berpunca daripada kontroversi beberapa pasangan selebriti yang kini sudah dianggap sebagai virus.

Sebelum ini, Kamal dan Uqasha menafikan rumah tangga mereka kini sudah diambang kehancuran selepas timbul dakwaan mereka dalam diam ke mahkamah syariah bagi menguruskan proses perceraian.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN