Bella janda, Syed Saddiq elok orangnya - Utusan Malaysia

Bella janda, Syed Saddiq elok orangnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Sharnaaz Ahmad, beranggapan tiada salahnya jika pelakon, Bella Astillah menjalin cinta dengan ahli politik, Syed Saddiq.

Sharnaaz atau nama lengkap Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 40, berkata demikian ketika ditanya peminat mengenai hubungan selebriti itu di media sosial.

“Mahu minta pandangan saya tentang Bella dan Syed Saddiq? Biarkanlah mereka kalau bercinta sekali pun. Kenapa kalian mahu menyibuk?

“Bella janda dan Syed Saddiq pun elok orangnya, bujang. Bukannya Bella isteri orang dan Saddiq pun bukan suami orang.” katanya.

Sharnaaz berkongsi perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini

Pendapat pelakon Polis Evo 3 itu kemudian mendapat perhatian di mesia sosial yang rata-rata merestui hubungan selebriti itu.

Namun begitu, sehingga kini tiada pengesahan dari kedua-dua pihak berhubung dakwaan terbabit walaupun telah bekali-kali cuba dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz namun bercerai pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata Mohamed Ayden Adrean, 8 dan Ara Adreanna, 5. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya