Bella Dally nafi berbadan dua, mahu fokus perniagaan - Utusan Malaysia

Bella Dally nafi berbadan dua, mahu fokus perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan usahawan, Bella Dally, tampil membetulkan salah faham kononnya dia sudah berbadan dua.

Walaupun terkejut dengan khabar angin itu, Bella atau Nabilah Ali Dally, 32, kekal tenang dan hanya mahu memberi fokus kepada perniagaan jenama baju wanita, Dally yang memasuki tahun kedua.

“Saya tidak mengandung. Tidak terfikir kearah itu kerana mahu fokus kepada perniagaan pada tahun ini. Lagipula spekulasi itu bukanlah perkara besar, tidak mengapa.

“Buat masa sekarang belum lagi mengandung, kalau ada insyaAllah akan dikongsikan,” katanya.

Bella ditemui Utusan Malaysia di majlis sidang media dan pertunjukan fesyen Hikayat Ariani Karya Seindah Busana di Kuala Lumpur Convention Centre.

Bercerita tentang kerjaya lakonan yang semakin perlahan, Bella enggan terburu-buru menerima tawaran lakonan.

Walaupun banyak bakat baharu menghiasi kaca televisyen, pelakon drama Kalimah Cinta itu tidak gusar namanya akan tenggelam kerana percaya rezeki yang ditentukan Allah.

“Suami beri sahaja kebebasan jika saya mahu berlakon. Kali terakhir saya di kaca televisyen empat tahun lalu.

“Saya percaya kepada rezeki. Saya juga tidak rasa orang anggap saya ‘hilang’. Saya masih terbuka dengan sebarang tawaran jika ada watak dan cerita yang seronok,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Bella kekal menjadi duta jenama tudung terkenal, Ariani untuk tahun ke-11 bersama Lisa Surihani dan Uyaina Arshad. Manakala Rozita Che Wan dilantik sebagai duta tudung premium, Ariani Luxe dan Fyza Kadir kekal menjadi duta Ariani RTW premium.

Bagi tahun 2025, Ariani menampilkan 300 pilihan hijab dan 300,000 baju raya sempena Aidilfitri.

Majlis pertunjukan fesyen tersebut turut diserikan dengan persembahan beberapa penyanyi popular tanah air, antaranya Dato’ Amy Search, Dato’ Awie, Ziana Zain dan Dayang Nurfaizah. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya