Belangkas ibarat ‘emas’ buat nelayan Melaka

Belangkas ibarat ‘emas’ buat nelayan Melaka

RAHMAT Lebai Marjab mengeluarkan belangkas yang tersangkut pada jaring di perairan Serkam Pantai, Jasin, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Belangkas yang dahulunya sering dibuang nelayan jika tersangkut pada jaring, kini menjadi buruan kerana permintaan tinggi dalam kalangan peniaga restoran dan peraih.

Hari ini belangkas menjadi sebahagian daripada hidupan laut yang diburu kerana pembeli utama di Thailand amat memerlukan bekalan.

Maka tidak hairanlah perairan Sempang Pantai, Serkam di sini menjadi lokasi utama golongan nelayan dan orang ramai mencari belangkas betina yang mempunyai harga antara RM10 hingga RM20 seekor.

Sama ada memasang jaring atau mencarinya di tepi pantai, waktu air surut merupakan masa paling sesuai menangkap belangkas.

Seorang nelayan, Rahmat Lebai Marjab, 62, berkata, dia mula menjadikan belangkas sebagai sumber rezeki sejak 12 tahun lalu dengan pendapatan diperoleh antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan.

Menurutnya, dalam tempoh seminggu memasang jaring, dia mampu membawa pulang antara 100 hingga 150 ekor belangkas bagi dibekalkan kepada seorang peraih yang menjualnya ke Thailand.

“Telur belangkas amat digemari masyarakat Thailand dan menjadi rebutan pengusaha restoran di negara itu, malah di Melaka spesies ini sudah jadi macam ‘emas’ kerana permintaan tinggi daripada pengusaha restoran,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Rahmat, dia dibantu rakannya, Husin Dindiar, 57, akan turun ke laut selepas Subuh dan hanya mengambil belangkas betina kerana telurnya manakala jantan dilepas semula ke laut.

“Kami memasang jaring tidak jauh dari Jeti Nelayan Serkam Pantai kerana sewaktu air pasang besar menyebabkan lebih banyak belangkas menghampiri pinggir pantai.

“Kerjanya sangat mudah tidak sampai dua jam insya-Allah dapatlah antara 30 hingga 40 ekor belangkas dan diulangi setiap hari dalam tempoh seminggu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya