Bekas pengurus kilang simen direman, terima rasuah RM100,000

Bekas pengurus kilang simen direman, terima rasuah RM100,000

SEORANG bekas pengurus kilang simen direman di Mahkamah Majistret Seremban hari ini bagi membantu siasatan kes disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang bekas pengurus kilang simen direman enam hari bagi membantu siasatan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.

Ia sebagai balasan mempercepatkan bayaran kerja pembersihan dan membaik pulih projek di kilang tempatnya bekerja.

Perintah reman sehingga 2 Mac depan itu dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali terhadap suspek lelaki berusia 50-an selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2018 hingga 2020 dengan meminta dan menerima rasuah daripada pemilik sebuah syarikat kejuruteraan melalui pendepositan wang ke dalam akaun milik suspek.

“Suspek juga disyaki menerima suapan secara bulanan antara RM450 hingga RM550 melalui transaksi pindahan ke akaun bank miliknya,” katanya.

Sumber berkata, suspek telah ditahan kira-kira pukul 2 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di SPRM Negeri Sembilan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – Bekas pengurus kilang simen direman, terima rasuah RM100,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya