Bekas Naib Canselor UKM buat laporan polis tuduhan fitnah

Bekas Naib Canselor UKM buat laporan polis tuduhan fitnah

MOHD. EKHWAN TORIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan menerima laporan daripada bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Mohd. Ekhwan Toriman berhubung fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua laporan telah dibuat pada petang 3 Februari dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Ada, kita terima dua laporan petang semalam daripada Naib Canselor tersebut,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Sebelum ini, Mohd. Ekhwan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Canselor UKM berkuat kuasa Ahad lalu. 

Beliau juga memaklumkan bahawa satu laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah dibuat bagi menafikan dakwaan tidak berasas yang mengaitkan namanya.

Terdahulu, timbul dakwaan bahawa hasil audit universiti berkenaan menunjukkan wujud unsur salah guna kuasa, penyelewengan serta ketidakpatuhan dalam proses perolehan yang mengaitkan Mohd. Ekhwan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa tuduhan tersebut merupakan fitnah semata-mata dan tindakan undang-undang telah diambil bagi membersihkan namanya-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya