Bekas ahli perniagaan rugi lebih RM4 juta diperdaya Macau Scam - Utusan Malaysia

Bekas ahli perniagaan rugi lebih RM4 juta diperdaya Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang warga China mengalami kerugian lebih RM4 juta selepas diperdaya sindiket penipuan Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, lelaki warga emas berusia 62 tahun itu diperdaya kononnya dia terlibat dengan kes penggubahan wang haram.

“Pada 21 Disember tahun lalu, mangsa telah menerima beberapa mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada nombor tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis bernama Sarjan Michaelyang memaklumkan mangsa telah terlibat dengan kes penggubahan wang haram.

“Mangsa kemudiannya diminta untuk menyerahkan empat keping kad debit akaun bank miliknya bersama kata laluan dan satu kad sim telefon dengan cara meletakkan di kawasan luar rumah.

“Disebabkan rasa takut, mangsa kemudiannya telah membuat pindahan wang secara dalam talian kepada satu akaun syarikat dan memasukkan dua keping cek ke dalam dua akaun syarikat yang berbeza setelah mendapat arahan daripada ahli sindiket, keseluruhannya membabitkan jumlah RM4,200,000,” katanya hari ini.

Menurutnya lagi, daripada laporan diterima, mangsa yang merupakan bekas ahli perniagaan juga telah mengarahkan pihak bank untuk membuat pindahan wang daripada akaun bank miliknya ke dalam satu akaun syarikat yang telah diberikan yang mana kesemua transaksi ini dikatakan untuk tujuan siasatan.

Katanya, mangsa hanya menyedari telah diperdaya setelah dimaklumkan oleh pihak bank selepas akaun mangsa disekat.

“Berikutan itu, siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya