Bekas ADUN Kemasik meninggal dunia

Bekas ADUN Kemasik meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Datuk Abu Bakar Ali meninggal dunia di sebuah hospital pakar swasta di Damansara, Kuala Lumpur, petang ini.

Anaknya, Mohd Amri Halimi Abu Bakar, 53, berkata, bapanya yang berusia 79 tahun meninggal dunia akibat penyakit jantung dan beberapa komplikasi lain kira-kira pukul 6.40 petang.

Menurutnya, bapanya yang pernah berkhidmat sebagai ADUN Kemasik selama lima penggal bermula tahun 1986 hingga 2004 dimasukkan ke hospital tersebut pada 23 Januari lalu selepas mengalami sesak nafas.

“Selepas dimasukkan ke hospital, ayah saya turut mengalami komplikasi lain seperti paru-paru berair dan masalah buah pinggang. Sebelum ini, arwah ayah mengalami sakit saraf sejak 2012 dan terpaksa berkerusi roda dan bertongkat, bagaimanapun arwah masih sihat dan aktif sehinggalah sehari sebelum dia dibawa ke hospital, sebulan lalu,” katanya malam ini.

Mohd Amri Halimi berkata, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Baru Kemasik dandikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gelugor, Kerteh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya