Beego tiada, Linda Hashim tiba di mahkamah sendirian - Utusan Malaysia

Beego tiada, Linda Hashim tiba di mahkamah sendirian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Linda Hashim tiba sendirian di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi sebutan pertama kes perceraian dengan suaminya, Beego.

Linda atau nama lengkapnya, Norhazlinda Hashim, tiba pada pukul 9:20 pagi tadi selepas dia memfailkan perceraian pada awal Januari.

“Hari ini merupakan hari sebutan pertama mahkamah selepas saya failkan perceraian pada awal Januari lalu,” katanya ringkas.

Hadir sendirian tanpa kelibat suaminya, Linda memaklumkan dia telah menghantar notis kepada Beego selain percaya pelakon itu sudah ambil maklum dengan proses perceraian, pagi ini

“Sudah tentu dia maklum dengan proses mahkamah pada hari ini kerana pihak saya sudah menghantar notis mahkamah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Meskipun nampak tenang, Linda yang tiba bersama peguamnya, Nurul Fadzilah Kamaluddin tergesa-gesa meminta izin untuk ke bilik perbicaraan bagi memudahkan proses kes prosiding mahkamah, hari ini.

Difahamkan ketidakhadiran Beego atau nama lengkapnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, di prosiding mahkamah pada hari ini kerana dia berada di Labuan.

Pada Januari lalu, Linda dikhabarkan telah memfailkan perceraian buat kali ketiga terhadap suaminya itu atas alasan sudah tiada persefahaman.

Sebelum ini, Linda dan Beego pernah hadir ke mahkamah yang sama pada Mei 2023 bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak susulan mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac 2023.

Untuk rekod, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu tiga orang cahaya mata Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN