Beberapa lokasi di Terengganu catat suhu melebihi 30 darjah Celcius 

Beberapa lokasi di Terengganu catat suhu melebihi 30 darjah Celcius 

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kebanyakan lokasi di negeri ini mencatatkan bacaan suhu melebihi 30 darjah Celcius sejak beberapa hari lalu ekoran perubahan cuaca yang mula memasuki musim kemarau.

Pengarah Pejabat Meteorologi Terengganu, Rosli Zakaria berkata, suhu tertinggi yang direkodkan setakat ini adalah semalam iaitu 34.5 darjah Celcius di Felda Tenang, Besut. 

“Ada beberapa stesen di Besut dan Kuala Terengganu yang merekodkan ketiadaan hujan sejak 11 hari lalu. Namun, setakat ini, suhu panas di Terengganu tidak berada di tahap membahayakan kerana belum dikategorikan gelombang haba tahap tiga iaitu di atas 35 darjah Celcius,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Ketika ini, Terengganu berada pada fasa penghujung Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada pertengahan bulan depan. 

Beliau berkata, dalam tempoh tersebut, litupan awan dan taburan hujan berkurangan di kebanyakan tempat yang menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan. 

 “Situasi cuaca panas dan kering yang dialami pada ketika ini adalah fenomena berulang yang berlaku setiap tahun bermula pada bulan Februari hingga Mei,” katanya.

Menurutnya, orang ramai perlu mengelak dari berada di luar bangunan sekiranya tiada keperluan mustahak sepanjang musim panas melanda.

“Patuhi saranan Kementerian Kesihatan untuk mengelak sebarang kemudaratan terutama golongan berisiko warga emas, ibu hamil dan kanak-kanak,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya