PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil beberapa individu termasuk kenamaan lain dalam masa terdekat ini susulan penahanan empat individu termasuk dua pegawai kanan Perdana Menteri ke-9, minggu lalu. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan memanggil beberapa individu lain sebagai saksi dalam kes itu. Katanya, siasatan kes berkenaan masih dijalankan pegawai penyiasat biarpun beberapa penahanan sudah dilakukan SPRM setakat ini. “Ya, pastinya akan ada…










