Batal lesen jika jual tapak, gajikan warga asing di bazar Ramadan - Utusan Malaysia

Batal lesen jika jual tapak, gajikan warga asing di bazar Ramadan

SANDREA NG SHY CHING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Peniaga bazar Ramadan yang dikesan menjual atau menyewa tapak niaga kepada warga asing dan menggajikan pekerja asing boleh berdepan tindakan batal lesen termasuk disenarai hitam.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, pemantauan akan dilakukan bagi memastikan tiada kejadian seumpama itu berlaku pada penganjuran bazar Ramadan tahun ini.

“Di Perak, kita mengamalkan pendirian dan peraturan yang sama iaitu bukan sahaja warga asing tidak dibenarkan untuk berniaga malah menggajikan pekerja warga asing juga kita tidak benarkan.

“Jika didapati ada peniaga menyalahi peraturan yang ditetapkan, kita akan membatalkan lesen selain mengkaji semula keperluan untuk senarai hitam pemohon atau pemegang lesen yang ada kerana kesalahan itu,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan kerja ke beberapa premis dan hotel yang melaksanakan Caj Perkhidmatan Tempatan (CPT) kepada pengunjung yang menginap di premis masing-masing bermula Januari lalu.

Menurut beliau, setiap peniaga yang memohon lesen untuk berniaga di bazar Ramadan telah diberitahu mengenai syarat dan peraturan yang ditetapkan, jadi mereka sewarjarnya sedia maklum mengenai perkara tersebut.

“Setiap kali kita buka tawaran untuk gerai dan bazar Ramadan memang ada taklimat yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada pemohon supaya mereka faham apa peraturan yang perlu mereka ikut.

“Antaranya termasuk tidak boleh memberi lesen kepada pihak luar terutama warga asing untuk berniaga yang memang secara jelas tidak dibenarkan.

“Jadi, kalau ada salah guna yang menyalahi undang-undang, kita akan ambil tindakan iaitu membatalkan lesen selain senarai hitam untuk permohonan akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya