Bas terbabas di Kemaman, enam pelajar cedera

Bas terbabas di Kemaman, enam pelajar cedera

KEADAAN bas membawa 32 pelajar yang terbabas di Jalan Sungai Emas-Padang Kubu, Kijal, Kemaman, Terengganu. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Enam pelajar cedera selepas bas yang mereka naiki terbabas berhampiran Jalan Sungai Emas-Padang Kubu, Kijal, di sini, ketika dalam perjalanan ke sekolah, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 pagi itu, semua pelajar yang cedera berusia 13 tahun hingga 16 tahun dibawa ke Klinik Kesihatan Seri Bandi dan Hospital Kemaman untuk menerima rawatan. 

Pemandu bas, Hashimi Ahmad, 59, berkata, ketika kejadian, dia membawa 32 pelajar tingkatan satu hingga lima masing-masing merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bandi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Putih, di sini. 

Katanya, ketika tiba berhampiran sebuah kilang memproses kelapa sawit, bas yang dipandunya tiba-tiba hilang kawalan dipercayai kerana permukaan jalan yang licin dan berminyak. 

“Mungkin jalan licin, bas yang saya pandu tiba-tiba hilang kawalan sebelum merempuh sebatang pokok,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. 

 Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, empat daripada pelajar itu dibawa ke Hospital Kemaman manakala dua lagi pelajar menerima rawatan di klinik kesihatan. 

“Pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan dan hasil ujian air kencing juga negatif. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya