‘Banyak berjalan? Semua untuk pelaburan’ - Anwar

‘Banyak berjalan? Semua untuk pelaburan’ – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka yang menasihatinya supaya ‘jangan berjalan banyak sangat’ sebagai tidak mengetahui kerja keras dilakukannya dalam mencari pelaburan untuk negara.

Katanya, Malaysia memerlukan pelaburan dan negara tidak boleh menyelesaikan masalah berkaitan pekerjaan atau mewujudkan peluang pekerjaan di samping  meningkatkan keupayaan ekonomi negara dan rakyatnya.

“Pelaburan membantu memesatkan pembangunan (negara). Soalnya apakah saya perlu terus berkunjung ke luar negara? Ada yang tegur, ‘kita jangan berjalan banyak sangat’. Dia tak tahu kita datang malam, tak sampai hotel terus ada dua pertemuan kemudian sambung lagi, duta tambah pre-council hingga tengah malam. Kemudian pagi-pagi, 7 pagi sudah ada mesyuarat dua hala. Itu tugas kita sampai sekarang dan terus balik bekerja.

“Saya tak ambil satu hari pun untuk bermain golf,” katanya kepada media Malaysia selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Masa Depan ASEAN kedua anjuran Kementerian Luar Vietnam hari ini.

Malaysia katanya, akan menerima lawatan daripada pemimpin-pemimpin Afrika Selatan bulan depan diikuti China.

“Pada April Presiden China Xi Jinping. Maknanya bila kita tunjukkan persahabatan beliau pun datang, bila datang (ke Malaysia) itu, beliau datang dengan rombongan perniagaan, berpuluh dan beratus orang, memberikan pendedahan kepada peluang-peluang (perniagaan dan perdagangan) di Malaysia,” kata Perdana Menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya