Banjir Sarawak belum pulih

Banjir Sarawak belum pulih, mangsa dipindah meningkat kepada 12,361

BEBERAPA penduduk meredah air untuk menyeberangi jalan utama yang terputus hubungan akibat banjir di Jalan Dijih, Ulu Baoh, semalam. – APM DALAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 12,361 mangsa berbanding 12,269 dengan 64 pusat pemindahan sementara (PPS) masih aktif.

Pusat Kawalan Bencana Negara dalam kenyataan memaklumkan, jumlah itu membabitkan 3,723 keluarga di 17 daerah.

“Di Sabah pula melibatkan 1,496 mangsa melibatkan 496 keluarga di empat daerah dengan sembilan PPS masih aktif,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, trend mangsa banjir yang menunjukkan peningkatan melibatkan daerah Bintulu Serian, Selangau, Siburan, Subis, dan Mukah.

Mangsa banjir di Sabah pula menunjukkan tiada perubahan namun mencatatkan penurunan jumlah mangsa melibatkan daerah Paitan.

Situasi tanah runtuh di Sarawak membabitkan daerah Miri dan Tatau merekodkan tiada perubahan jumlah mangsa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya