Banjir kilat di Jelebu, 51 mangsa ditempatkan di PPS

Banjir kilat di Jelebu, 51 mangsa ditempatkan di PPS

PASUKAN Angkatan Pertahanan Awam Malaysia membantu mangsa banjir kilat di Jelebu, di sini, malam tadi. - IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

JELEBU: Seramai 51 orang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) awal pagi ini susulan kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di daerah ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jelebu, Lt (PA) Mohd. Najib Abdul Karim berkata, sebanyak tiga lokasi terbabit kejadian banjir iaitu di Ladang Jelebu, dan dua buah taman perumahan iaitu Taman Pekan Baru dan Taman Bandar Tinggi.

Katanya, hujan lebat berlaku sejak pukul 10 malam tadi dan air mula melimpah ke penempatan penduduk dan 11 buah keluarga terjejas setakat pukul 3 pagi tadi.

“PPS mula dibuka kira-kira pukul 1.02 pagi tadi di Dewan Besar Majlis Daerah Jelebu (MDJ) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang.

“Dalam kejadian terbaharu ini mangsa antaranya terdiri dari sembilan orang warga emas, 28 dewasa, 12 kanak-kanak dan dua orang bayi,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Najib berkata, banjir masih belum surut sepenuhnya dan pasukan penyelamat juga dalam keadaan bersiap sedia bagi kerja penyelamatan.

Menurutnya, punca kejadian banjir kilat berkenaan dipercayai akibat limpahan air dari sungai serta masalah sistem perparitan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya