Balak, kayu bernilai RM10.85 juta dirampas

Balak, kayu bernilai RM10.85 juta dirampas

ANGGOTA PGA menyita salah sebuah mesinmemproses kayu sebuah kilang kayu di Kampung Bukit Pay ong, Hulu Besut, Besut, kelmarin. - GAMBAR IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas balak dan kayu yang diproses secara haram serta menyita mesin yang bernilai keseluruhan RM10.85 juta di sebuah kilang kayu di Kampung Bukit Payong, Hulu Besut, Besut, kelmarin.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Ab. Hamid berkata, rampasan itu dilakukan dalam Op Bersepadu Khazanah yang dijalankan anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara pada pukul 12.30 tengah hari.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kilang tersebut menyalahgunakan lesen Jabatan Perhutanan dengan mendapatkan bekalan kayu tanpa permit dan tidak bercukai di sekitar daerah Besut.

“Sebanyak 9,000 batang kayu bulat pelbagai saiz dan spesis serta hampir 10,000 keping kayu yang sudah diproses dan mesin di kilang kayu tersebut telah dirampas,” katanya hari ini.

Beliau memberitahu, pemilik kilang dan lima pekerja dipercayai menjual kayu tersebut ke pasaran tempatan telah ditahan dan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan untuk siasatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya