KUALA LUMPUR: Pelakon, Raja Atiq, 25, memaklumkan sedang rancak membuat persiapan untuk mendirikan rumah tangga dengan suri hati pilihan, Alia Natasha.
Enggan melengahkan masa, pelakon yang popular menerusi drama Nur itu tetap meneruskan perancangan untuk mengahwini pramugari tersebut tahun ini.
“Insya-Allah tahun ini. Umur saya pun sudah 25 tahun, sangat sesuai untuk berumah tangga.
”Persiapan sudah 70 peratus, tarikhnya sudah dekat. Saya benar-benar sudah bersedia,” katanya yang masih merahsiakan tarikh perkahwinannya itu.
Atiq, sekitar tahun lepas, mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya tahun ini. Katanya, perancangan itu bukan perkara yang dibuat-buat untuk content.
Dalam masa yang sama, dia reda dan sedia menerima sekiranya tawaran berlakon berkurangan selepas bergelar bergelar suami orang.
”Saya sudah fikir semasak-masaknya. Tidak dinafikan perkara itu (tawaran berlakon berkurangan selepas kahwin)
”Saya pun mungkin akan hilang tarikan dimata peminat kerana mereka lebih berminat kepada pelakon yang bujang.
”Namun, saya percaya Allah sudah tentukan rezeki kita. Ada juga pelakon yang sudah berkahwin tapi masih ‘laku’.
”Contoh seperti Shukri Yahaya yang sampai sekarang masih rancak berlakon,” ujarnya.