Bakal pengantin didenda RM7,500 cabul, miliki video lucah

Bakal pengantin didenda RM7,500 cabul kehormatan wanita, miliki video lucah

AZRUL Afiq Adzelan Ahmad (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini bagi didakwa atas dua pertuduhan mencabul kehormatan wanita dan memiliki video lucah pada Isnin lalu.-UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang bakal pengantin didenda sebanyak RM7,500 di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas dua pertuduhan mencabul kehormatan wanita dan memiliki video lucah pada Isnin lalu.

Majistret Nurul Saqinah Rosli menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Azrul Afiq Adzelan Ahmad, 25, yang membuat pengakuan bersalah sebaik kedua-dua pertuduhan dibacakan.

Azrul Afiq yang bekerja sebagai peniaga minyak wangi dijangka melangsungkan perkahwinan pada 25 Februari ini  didenda RM4,000 bagi pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita, jika gagal bayar boleh dipenjara tujuh bulan.

Manakala bagi pertuduhan memiliki video lucah, Azrul Afiq didenda RM3,500, gagal bayar boleh dipenjara enam bulan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati melakukan kekerasan jenayah kepada seorang wanita berusia 21 tahun dengan maksud mencabul kehormatannya.

Kesalahan itu dilakukan lebih kurang pukul 12.15 tengah malam, 10 Februari lalu di dalam kedai serbaneka Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Seremban, Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Nilai, di sini.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua dari hukuman tersebut. 

Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah meraba bahagian punggung mangsa semasa berada dalam kedai serbaneka dan melarikan diri di ke tandas sebelum ditahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN