LOS ANGELES: Penyanyi, Kanye West atau Ye dilaporkan bakal bercerai dengan isterinya, Bianca Censori selepas dua tahun mendirikan perkahwinan.
Menurut laporan media tempatan, keretakan rumah tangga adalah berpunca daripada sikap Kanye yang selalu melontarkan pandangan antisemitism sehingga membuatkan Bianca muak.
“Bianca sudah muak kerana Kanye memintanya memakai pakaian yang tidak diingini. Dia berkata itu bukan dirinya dan tidak ingin diperagakan seperti itu.
“Kanye kata dia ada hak untuk suruh Bianca pakai apa sahaja. Bianca tidak ingin menjadi sebahagian daripada ini,” kata sumber berkenaan.
Bagaimanapun, Kanye dikatakan masih yakin perkahwinannya boleh diselamatkan.
Wakil Kanye pula menegaskan bahawa kedua-dua pasangan itu sedang bahagia dan menafikan khabar angin bakal bercerai. Malah, mereka berdua sedang menyambut Hari Kekasih bersama-sama.
Sejak Anugerah Grammy 2025, Kanye mencuri tumpuan apabila tidak lagi mengikuti sesiapa di media sosial kecuali Taylor Swift.
Ketika acara berlangsung, Kanye tiba bersama Bianca yang nyaris berbogel di karpet merah.
Selepas itu, Kanye sekali lagi mencuri tumpuan apabila mengakui dirinya Nazi dan Adolf Hitler. -UTUSAN