Azfar Heri yakin Imran Bard orang baik, harap isu selesai sebelum Ramadan - Utusan Malaysia

Azfar Heri yakin Imran Bard orang baik, harap isu selesai sebelum Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Selebriti media sosial, Azfar Heri, berharap hubungan keruh antara sahabatnya, Imran Bard dan pelakon senior, Ellie Suriati dapat diselesaikan dengan baik. 

Sepanjang mengenali Imran, Azfar yakin video yang dimuat naik sahabatnya itu di aplikasi TikTok tidak mempunyai niat jahat.

“Sebagai kawan saya enggan beri komen panjang-panjang. Saya harap mereka berdua boleh selesaikan isu ini dengan baik. Masing-masing pun sudah besar apalagi sudah mahu masuk bulan puasa, kita berbaik sahajalah.

“Kami ada berjumpa tapi masing-masing terlalu sibuk dengan acara jualan, tidak sempat lagi berbual lebih dalam tentang ini. 

“Imran seorang yang baik, dia kawan yang selalu ada di kala susah dan senang. Apa yang dia buat tidak bermaksud apa-apa. Sekali lagi, harap semua dapat diselesaikan dengan baik,” katanya. 

Azfar ditemui di acara Gempak Most Wanted 2024 di Auditorium MBSA, baru-baru ini. 

Mengambil ikhtibar daripada kontroversi yang menimpa Imran, Azfar semakin berhati-hati dalam merangka kandungan di media sosial agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Saya tengok video Imran itu kelakar, tapi tidak pasti ia boleh menyinggung perasaan orang. 

“Boleh dikatakan isu ini membuatkan saya ambil pengajaran.  Kalau nak buat sesuatu kandungan kena fikir dua kali sebab benda yang tidak kita jangka boleh berlaku. 

“Bukan saja sahaja, pembuat kandungan yang lain juga begitu juga,” jelasnya.

Terdahulu, Imran Bard memuat naik kandungan video jenaka yang kononnya mendakwa Ellie Suriati mengambil barangan terlarang. 

Ellie mendesak agar ibu bapa kepada pempengaruh itu untuk tampil meminta maaf. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya