Awie cipta sejarah, terima pengiktirafan MBOR - Utusan Malaysia

Awie cipta sejarah, terima pengiktirafan MBOR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi Rock, Datuk Awie, tersenyum bangga selepas menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) semalam.

Pengiktirafan itu diberikan kepada pemilik nama sebenar Ahmad Azhar Othman yang mengepalai persembahan tiga kumpulan rock tersohor termasuk Wings, Search Kid Din dan Dragon Malaya dalam konsert Triad yang berlangsung di Zepp KL, malam semalam.

“Ini (pengiktirafan) adalah sejarah yang tidak boleh dijual beli.

“Sejarah ini saya kongsi bersama Wings, Search dan Dragon Malaya. Ia tercipta hasil usaha mereka semua.

“Anda adalah saksi kepada sekeping sijil ini, sejarah lebih besar akan tercipta selepas ini,” katanya.

Sijil pengiktirafan itu diserahkan kepada Awie oleh wakil MBOR, Megat Faris Hussein Megat Muzafar Shah.

Konsert Triad semalam dimeriahkan dengan kehadiran 2,400 peminat yang sekian lama menantikan persembahan gabungan tiga gergasi rock Malaya.

Kira-kira 25 lagu dipersembahkan, antaranya Sejati, Lipas Kudung, Kuda Tiga Kaki, Mabuk Cinta, Kejora dan banyak lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya