Asyraf Wajdi sambung tempoh Pengerusi MARA dua tahun lagi

Asyraf Wajdi sambung tempoh Pengerusi MARA dua tahun lagi

ASYRAF ketika menerima Watikah Pelantikan penyambungan sebagai Pengerusi MARA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PETALING JAYA: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki diberikan amanah untuk meneruskan tugas sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Mac depan.

Watikah Pelantikan penyambungan sebagai Pengerusi MARA itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

“Insya-Allah tanggungjawab digalaskan ini akan saya laksanakan sebaik mungkin dengan penuh jujur dan amanah kerana ia bukan satu bentuk kemasyhuran (tasyrif) tetapi beban tanggungjawab besar (taklif) yang akan dipersoalkan Allah di akhirat kelak.

“Mohon rakan-rakan doakan saya agar dipermudahkan untuk melaksanakan amanah bangsa dan agama ini,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.

Pada Mac 2024, Asyraf Wajdi dilantik untuk sebagai Pengerusi MARA yang baharu dan diberi tempoh enam bulan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuktikan kemampuan beliau sebagai Pengerusi MARA.

Dalam hantaran sama Asyraf Wajdi turut berkongsi mengenai pesanan Zahid kepadanya mengenai MARA yang merupakan institusi orang Melayu-Bumiputera yang perlu diperkasakan supaya dapat terus martabatkan agenda pendidikan dan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya