PETALING JAYA: Kesepakatan dalam negara-negara merupakan satu keistimewaan yang perlu dikekalkan secara berterusan khususnya dalam keadaan dunia yang semakin ditentukan perubahan dinamik geopolitik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ASEAN juga disifatkan sebagai keistimewaan dalam konteks perubahan luar jangka.
.
“ASEAN perlu terus mengekalkan perpaduan dalam kalangan negara anggotanya.
“Dalam era persaingan dan perbezaan ini, ASEAN perlu bersinar memupuk kawasan yang mampan, harmoni dan dinamik secara ekonomi.
“Kita bertuah memandangkan kita antara rantau aman di dunia dan menjadi ekonomi yang pesat berkembang di dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Forum Masa Depan ASEAN di Hanoi, Vietnam hari ini.
Anwar pada masa sama turut menuntut komitmen untuk memastikan tiada negara anggota yang ketinggalan dalam mencapai pertumbuhan ekonomi.
“Kekuatan ASEAN terletak kepada keupayaan untuk bersatu menerusi dialog dan bertindak sebagai ekonomi yang mantap dan memanfaatkan potensi dalam mengharungi ketidaktentuan masa depan,” jelasnya. – UTUSAN