ASEAN mahu konflik Ukraine-Rusia diselesaikan secara aman

ASEAN mahu konflik Ukraine-Rusia diselesaikan secara aman

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: ASEAN kekal dengan pendirian mereka bahawa konflik antara Ukraine dan Rusia perlu diselesaikan secara aman tanpa ketegangan berpanjangan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ASEAN sejak awal lagi telah menyatakan harapan agar penyelesaian damai dapat dicapai dalam krisis tersebut.

“Ini pendirian kita (ASEAN) dan kita akan terus berpegang kepada prinsip ini.

“Kita mahu konflik Ukraine-Rusia diselesaikan secara aman dan kita melihat perkembangan serta inisiatif yang sedang diambil sekarang, termasuk oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump,” katanya dalam sidang akhbar sempena Sesi Permukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM Retreat), di sini hari ini.

Terdahulu, Mohamed Khaled melakukan tinjauan lokasi menjadi ADMM Retreat itu.

Dianggarkan lebih 150 delegasi dari 10 negara ASEAN serta Timur Leste selaku negara pemerhati menghadiri sesi tersebut.

Terdahulu, media melaporkan, jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt pada Sabtu berkata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

Karoline juga berpandangan krisis yang berlarutan selama tiga tahun itu boleh berakhir seawal minggu ini.

Menurut Mohamed Khaled, ASEAN sentiasa mengutamakan kestabilan serantau dan global serta mahu keamanan jangka panjang dicapai.

“Kita berharap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Ini selari dengan pendirian ASEAN yang mahu keamanan dikekalkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya