Arrora Salwa tidak terfikir tinggalkan kerjaya di awan biru - Utusan Malaysia

Arrora Salwa tidak terfikir tinggalkan kerjaya di awan biru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya tidak boleh buat tindakan terburu-buru sama ada mahu meninggalkan kerjaya di awan biru.”

Demikian kata penyanyi Arrora Salwa ketika berkongsi dirinya bakal kembali bertugas sebagai pramugari bermula hari ini selepas tersingkir daripada program realiti, Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11).

Menurut Arrora atau nama sebenarnya Salwa Md. Razak, 40, meskipun kerjaya seninya sudah mula berkembang, dia enggan meninggalkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang merupakan kerja hakikinya sejak beberapa tahun lalu.

“Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, hanya syarikat MAS sahaja yang tidak memberhentikan pekerja-pekerja mereka.

“Bermakna syarikat ini sangat menjamin kebajikan pekerja mereka. Jadi buat sementara waktu ini saya akan teruskan kerjaya sebagai pramugari.

“Kemudian baru kita putuskan sama ada mahu teruskan ataupun tidak berdasarkan perjalanan kerjaya saya dalam bidang seni,” katanya.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Ahmad itu sempat memberitahu bahawa jadual kerjanya sangat padat sejak tersingkir daripada GV11 selepas melebarkan sayap dalam bidang lakonan.

“Sejak saya tersingkir daripada GV11 pada minggu ke lapan saya belum sempat berehat. Selepas tersingkir saya terus masuk set penggambaran bersama Datuk Yusof Haslam dan juga Zeel Production.

“Esok pagi (Sabtu), saya masih perlu ke set penggambaran. Dan sebelah petang saya akan kembali bertugas sebagai pramugari dan akan terbang ke Australia,” jelasnya.

Arrora berkata demikian ketika ditemui pada Malam Gala GV Liplap, di sini, semalam.

Bagaimanapun, bekas peserta GV11 itu meletakkan tempoh selama dua tahun untuk dirinya pertimbangkan sama ada mahu kekal menjadi pramugari atau terus aktif dalam bidang seni.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya