Anwar tiada pendirian jelas bantu Gaza

Anwar tiada pendirian jelas bantu Gaza, kata wakil rakyat pembangkang

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah, mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah terkena tempias bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, dalam pendekatan politik dan dasar luar negara, khususnya membabitkan isu Palestin.

Katanya, Anwar kelihatan tidak mempunyai pendirian yang jelas dalam membantu pembangunan penduduk Gaza, walaupun sering menyuarakan sokongan terhadap perjuangan Palestin.

“Anwar ni macam terkena tempias Biden. Ada tangan kanan dan tangan kiri. Tangan kanan untuk bina masjid, rumah sakit, bantu Gaza, tangan kiri balun.

“Tapi apa yang saya risau, tangan kiri ini, adalah BlackRock,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Menurutnya, isu ini bukan sekadar membabitkan Malaysia tetapi juga geopolitik global yang boleh memberi kesan kepada kestabilan rantau ini. 

Oleh itu, beliau menggesa kerajaan untuk mengadakan sidang khas bagi memberi penjelasan kepada rakyat mengenai kedudukan sebenar Malaysia dalam hal ini.

“Isu seperti BlackRock, konflik di Timur Tengah, dan penglibatan syarikat antarabangsa dalam ekonomi negara perlu dibahaskan secara terbuka. 

“Rakyat berhak tahu sama ada kerajaan benar-benar berpihak kepada Palestin atau terdapat kepentingan lain yang terselindung,” jelasnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya