Anwar, Rafizi kekal kemudi PKR?

Anwar, Rafizi kekal kemudi PKR?

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti yang bakal diadakan pada Mei ini. 

Hal ini dijangka berlaku susulan rundingan dalaman yang sedang dijalankan bagi memastikan status quo Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Rafizi Ramli kekal memegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Menurut Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin, ketika ini sedang berlangsung proses untuk mengadakan rundingan supaya jawatan-jawatan utama tidak dipertandingkan.

“Ya, ada perundingan yang kita sedang kita lakukan supaya jawatan-jawatan utama tidak dipertandingkan,” katanya dalam penganjuran Program Back To School 2025 Parlimen Tambun di sini hari ini.

Sementara itu, PKR memutuskan pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat, Majlis Pimpinan Wanita Pusat dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat parti berkenaan, diadakan pada 24 Mei ini.

“Kita bincang semua,” katanya menjawab mengenai adakah rundingan itu turut membabitkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Baru-baru ini timbul isu rundingan dalaman PKR mengenai pemilihan parti yang akan diadakan pada Mei depan dan ada usaha untuk memastikan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, yang disandang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Rafizi Ramli, kekal tanpa dipertandingkan.

Mengenai dakwaan langkah ini boleh melanggar prinsip demokrasi dalam parti, Shamsul Iskandar menegaskan bahawa perundingan ini juga adalah sebahagian daripada proses demokrasi. 

“Bertanding pun demokrasi. Tidak ada pertandingan itu pun demokrasi juga. Apabila tidak ada pertandingan, bermakna ada berlaku perundingan. Perundingan itu demokrasi,” katanya.

Tambahnya, PKR memfokuskan agenda yang lebih utama iaitu berkhidmat kepada rakyat sebagai kerajaan, serta persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 yang dijangka pada penghujung tahun 2027. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya