Anwar mahu lawan himpunan bantah URA - Utusan Malaysia

Anwar mahu lawan himpunan bantah URA

ANWAR Ibrahim ketika menghadiri Konvensyen Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Negeri Kedah 2025 di Alor Setar. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan melawan pihak yang merancang untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi membantah cadangan kerajaan memperkenalkan Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA).

Beliau berkata, Rang Undang-Undang (RUU) itu bukan mengkhinati orang Melayu seperti didakwa pihak terbabit sebaliknya membela golongan itu menikmati taraf hidup yang lebih baik dan selesa.

Ujar Perdana Menteri, sekiranya undang-undang itu tidak dipinda, maka pembangunan yang dirancang tersebut tidak akan dapat dilakukan sampai bila-bila.

“Dia kata habis lah Melayu, itu menipu. Flat Seri Perlis umpamanya (dibina) tahun 60-an, sudah 50 tahun usia, (keadaannya) usang satu bilik sahaja dan yang duduk situ paling miskin. Saya Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tak kan biar macam itu.

“Nak bangun macam mana? kena pinda undang-undang. Kalau tanah itu rizab Melayu, kekal rizab Melayu, kalau itu milik kerajaan negeri, kekal dan berstatus strata pun kekal.

“Oleh kerana kita di bawah tak ambil tahu kita terpengaruh dengan pelbagai benda sampaikan akan tuntut dan nak adakan perhimpunan besar-besaran pertahan hak Melayu, hak Melayu yang mana. Kamu nak paksa orang Melayu di bandar jadi miskin papa kedana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Negeri Kedah 2025 di sini, hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Pemuda Pas, Mohd Hafez Sabri dalam kenyataan berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan satu himpunan besar-besaran demi menunjukkan bantahan dan ketegasan dalam isu itu.

Katanya, Pemuda Pas akan terus berjuang bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkepentingan lain untuk memastikan suara rakyat didengar dan dipertahankan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan hanya mahu menggunakan kuasa yang dimiliki untuk membangunkan rumah lebih selesa kepada rakyat.

“Rumah itu tiga bilik, dua bilik air kamu kata kami khianat. Kamu nak Melayu merempat macam dulu, saya tak peduli kalau dia buat (perhimpunan) saya nak turun di pusat-pusat bandar untuk lawan mereka terang-terang,” ujarnya.

“Kalau niat kita nak rampas tanah bagi kat anak bini saya, kalau itu memang kita akan tentang. Pesawah padi tak terbela sekian lama, saya minta Tan Sri Syed Mokhtar (Albukhary) percepatkan saya kenal ka pesawah, tak kenal.

“Apa mereka penyokong Pakatan Harapan (PH) dan UMNO, saya tak tahu (tetapi) masa Bersatu Pas perintah ada tak mereka minta bagi terus kepada pesawah dalam 33 bulan mereka berkuasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya