Anwar jemput Presiden Cuba melawat Malaysia

Anwar jemput Presiden Cuba melawat Malaysia

ANWAR Ibrahim mengadakan pertemuan bersama  Bruno Eduardo Rodriguez Parrilla di Putrajaya, semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Luar Cuba, Bruno Eduardo Rodriguez Parrilla dimanfaatkan untuk membincangkan peluang kerjasama yang boleh dimaksimakan bagi manfaat kedua-dua negara.

Perdana Menteri berkata, pertemuan ini juga bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Cuba yang terjalin sejak 6 Februari 1975.

“Kami sempat berbicara dan bertukar pandangan mengenai sinergi kerjasama dalam industri halal, kesihatan, pelaburan dan perdagangan, ASEAN, BRICS serta situasi di Gaza,” katanya menerusi hantaran di media sosial semalam.

Anwar turut menyampaikan jemputan rasmi kepada Presiden Cuba, Miguel Díaz-Canel, untuk berkunjung ke Malaysia dalam usaha mengeratkan lagi hubungan diplomatik yang telah terjalin selama lima dekad.

Lawatan rasmi Bruno Eduardo Rodriguez Parrilla ke Malaysia selama empat hari bermula Rabu ini dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Cuba dalam pelbagai sektor strategik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya