Anwar bakal berucap pada Forum AFF 2025 di Vietnam

Anwar bakal berucap pada Forum AFF 2025 di Vietnam

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Hanoi, Vietnam dua hari bermula hari ini dan dijadual menyampaikan ucaptama pada ASEAN Future Forum (AFF) 2025.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, forum ini merupakan platform perbincangan inklusif dan dialog dalam kalangan para pemimpin ASEAN serta pihak berkepentingan berkenaan hala tuju dan masa depan ASEAN ke arah komuniti lebih inklusif, mampan, dan berdaya saing.

Katanya, ucaptama Perdana Menteri akan menekankan komitmen Malaysia terhadap nilai-nilai Madani dan aspirasi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

“Ini termasuk mengenengahkan keutamaan dan keberhasilan Malaysia pada tahun ini, termasuk usaha-usaha dalam mempromosi pembangunan ekonomi inklusif dan mampan, transformasi digital, perubahan iklim dan tenaga boleh diperbaharui,” katanya hari ini.

Wisma Putra berkata, Anwar akan mengadakan kunjungan ke atas Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam dan Presiden Vietnam, Luong Cuong serta bertemu dengan Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh.

Katanya, pertemuan-pertemuan ini memberi peluang untuk kedua-dua negara merangka hala tuju yang jelas dalam memperkukuh kerjasama dua hala di bawah rangka Perkongsian Strategik Menyeluruh.

Langkah ini melalui tumpuan strategik kepada perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan keselamatan, ekonomi maritim, sains dan teknologi, tenaga, pelancongan.

“Kerjasama turut dirangka dalam menyelesaikan isu penangkapan ikan secara haram, tidak dilaporkan dan tidak terkawal (IUU).

“Para Pemimpin juga akan bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau,” katanya.

Lawatan ini mencerminkan komitmen Malaysia untuk memperkukuh hubungan dengan Negara-negara Anggota ASEAN selaras dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan” di bawah Kepengerusian Malaysia.

Pada masa sama ia dapat memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dengan Vietnam, di samping memperluas kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya