Anak bongsu Ayu Raudhah, Zaquan Adha meninggal dunia - Utusan Malaysia

Anak bongsu Ayu Raudhah, Zaquan Adha meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pemain bola sepak, Zaquan Adha memaklumkan anak bongsunya bersama pelakon, Ayu Raudhah, Muhammad Aisy Al Rees telah meninggal dunia di Seremban, Negeri Sembilan petang tadi.

Menerusi perkongsian di Instagram, Zaquan sempat memohon agar orang ramai dapat mendoakan dia dan isteri kuat menempuhi dugaan itu.

“Salam semua, anak bongsu kami Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha telah kembali kepada pencipta-Nya sebentar tadi.

“Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini,” katanya.

Dalam pada itu, kakak kepada Ayu, Rozita Che Wan yang juga pelakon turut berkongsi berita duka tersebut selain mendoakan agar adiknya diberikan ketabahan.

“Allahu Akbar, semoga Ayu dan Zaquan tabah dan kuat dengan ujian ini. Allah sempat pinjamkan enam bulan,” katanya.

Difahamkan, jenazah Muhammad Aisy yang meninggal dunia ketika tidur masih berada di Hospital Rembau, Negeri Sembilan.

Terdahulu, Muhammad Aisy selamat dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu.

Ayu dan Zaquan berkahwin pada 21 Januari 2011.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann,11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia setahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya