Anak-anak nangis, Ibu Neelofa anggap ujian kanser sebagai anugerah - Utusan Malaysia

Anak-anak nangis, Ibu Neelofa anggap ujian kanser sebagai anugerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu kepada selebriti, Neelofa, Noor Kartini Noor Mohammed tidak menyangka disahkan menghidapi kanser payudara tahap satu pada usia 59 tahun. 

Khabar itu diterima selepas dia menjalani ujian biopsi pada 17 Februari lalu.

“Sebenarnya perkara ini saya belum pernah ceritakan, hanya keluarga terdekat sahaja yang tahu. 

“Saya pergi ke hospital untuk melakukan biopsi namun hasil ujian mamogram menunjukkan hasil yang kurang cantik. 

“Keesokan harinya doktor telefon dan cakap saya menghidapi kanser payudara tahap satu,” katanya menerusi satu temu ramah rancangan audiosiar yang tular di aplikasi TikTok.

Ketika dimaklumkan mengenai perkara itu, Kartini terdiam sementara anak-anak dan suami menangis memikirkannya keadaannya.

“Saya jadi bengong (terdiam) sekejap. Beberapa hari saya macam di awang-awangan 

“Sebelum itu semasa buat biopsi, saya fikir mungkin ada ‘lump’ atau ‘cyst’. Tiada satu persen pun saya jangka kanser. Tidak pernah terfikir pun ada barah

“Anak-anak sudah menangis dan suami pun sama tidak boleh tidur,” ceritanya lagi.

Bagaimanapun, Kartini positif dan merasakan kanser yang dihadapinya ini sebagai ujian dan anugerah daripada Allah.

“Allah bagi penyakit ini saya anggap sebagai satu anugerah dan kejutan. Saya seperti tersedar, saya pun boleh dapat kanser.

“Alhamdulillah dengan diagnosis yang awal, Insya-Allah banyak benda boleh kita buat dengan cepat, mudah.

“Jadi insya-Allah sekarang saya dalam proses penyembuhan dan kita nak berehat dulu dalam dunia perniagaan,” ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya