Ambil langkah berjaga-jaga - Intan Najuwa pantau pengasuh 24 jam - Utusan Malaysia

Ambil langkah berjaga-jaga – Intan Najuwa pantau pengasuh 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Intan Najuwa, 28, sentiasa memantau pengasuh yang dilantik untuk menjaga anaknya, Imane Lunara.

Kata Intan, hal itu kerana dia khuatir perkara tidak diingini menimpa anaknya dikemudian hari.

“Saya akan pantau 24 jam, 7 hari seminggu. Sebab itu saya tak berlakon sekarang, supaya dapat luangkan masa menjaga anak walaupun ada pengasuh.

“Saya percaya kepada pengasuh yang dilantik menjaga anak saya, tapi tidaklah seratus peratus. Saya akan pantau. Memang kedengaran seperti saya ini psiko, sebab saya pantau 24 jam. 

“Saya tak mahu perkara tak diingini menimpa anak saya. Banyak kes kecuaian berlaku sekarang ini, kita tak tahu hati orang lain macam mana? Sedangkan kita sendiri pun geram kalau anak menangis tak henti, apatah lagi orang lain yang jaga anak kita.

“Jadi sebelum berlaku perkara yang tidak diingini, lebih baik ambil langkah berjaga-jaga,” katanya yang ditemui pada majlis Iftar Buffet Preview With Rabbani & Friends, semalam.

Intan atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Wahid selamat menimang cahaya mata sulung pada Disember tahun lepas.

Intan dalam pada itu mengakui bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai ibu yang berdepan cabaran mental dan fizikal.

“Tugas ibu memang memenatkan. Ia meletihkan mental dan fizikal. Tambah pula saya ini mudah risau. Sebab itu saya sedang belajar untuk selalu positif. Kalau tidak, saya selalu fikir yang bukan-bukan.

“Walaupun saya dibantu pengasuh, saya tidak boleh harapkan orang lain untuk jaga anak saya. Sebagai ibu, kena main peranan.

“Saya kagum dengan ibu yang uruskan anak sendiri tanpa bantuan sesiapa. Saya bertambah kagum dengan ibu yang urus lebih daripada seorang anak, mereka memang hebat,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya