Amaran ribut petir di Sarawak, Sabah sehingga 5 petang ini

Amaran ribut petir di Sarawak, Sabah sehingga 5 petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah sehingga 5 petang ini.

MET Malaysia menerusi kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Sarawak ialah Betong, Miri (Telang Usan) dan Limbang. 

Sementara di Sabah, amaran melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Pantai Barat (Ranau), Tawau dan Kudat.

Amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

MET Malaysia berkata, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan untuk berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga, terutamanya di kawasan yang berisiko tinggi seperti tebing sungai, kawasan rendah dan lereng bukit yang terdedah kepada risiko banjir kilat dan tanah runtuh.

Untuk maklumat lanjut dan terkini, orang ramai boleh merujuk laman web rasmi MET Malaysia di www.met.gov.my atau media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya