Along Charm bersedia beri kerjasama

Along Charm bersedia beri kerjasama

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pelawak Muhammad Nizamuddin Ahmad atau Along Cham bersedia untuk menjalani perbicaraan yang panjang dalam pertuduhan berkaitan kes dadah yang dihadapinya.

Along Cham, 42, berkata pada perbicaraan kelak, dia akan memberikan kerjasama yang penuh sepanjang prosiding nanti.

“Saya akan memberikan kerjasama yang penuh, Insya-Allah,” katanya ketika ditemui selepas prosiding kes di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Terdahulu, Along Cham mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki 1.49g (gram) dadah jenis Kanabis. Berat dadah itu merupakan berat bersih selepas laporan kimia telah diperoleh yang mana sebelum ini berat dadah tersebut 2.07 gram.

Semasa prosiding, ketika pertuduhan itu dibacakan semula Along Cham kekal mengaku tidak bersalah.

Kesalahan tersebut didakwa sebuah rumah di Cyberjaya di sini pada pukul 3.10 petang, 14 Disember tahun lalu (2024).

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan kemudian menetapkan 7 April ini bagi sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Ketika prosiding hari ini Along Cham diwakili peguam Syed Yusof Syed Zaid manakala pendakwaan diwakili Pegawai Pendakwa Inspektor Sutri Patang.

Sebelum ini, pada 27 Januari lalu, Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskannya (DNAA) atas satu pertuduhan dadah jenis kanabis pada 14 Disember lalu.

Bagaimanapun dia kemudiannya dituduh di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan masing-masing memiliki dan memasukkan dadah.

Di Mahkamah Majistret ketika itu, Along Cham berdepan pertuduhan memiliki kanabis seberat 49.61g (gram) dan mengambil dadah tetra hydrocannibol (THC) pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Sebelum ini, Along Cham didakwa atas tuduhan memiliki dadah seberat 58.23 gram. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya