Album saya tak pernah 'meletup' - Atilia Haron cuba nasib dengan album ke empat - Utusan Malaysia

Album saya tak pernah ‘meletup’ – Atilia Haron cuba nasib dengan album ke empat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pada era kini di mana ramai penyanyi lebih selesa tampil dengan single, Atilia Haron melawan arus memilih untuk mengeluarkan album penuh yang akan menemui pendengar sekitar tahun ini.

Kata Atilia, yang mendorongnya menghasilkan album yang mengandungi 10 lagu itu adalah kecintaan terhadap pengalaman sepanjang proses penghasilan tersebut.

“Album saya sebelum ini tidak pernah ‘meletup’ dan tidak ramai pendengar.

“Tapi saya degil, tetap mahu hasilkan album sebab saya suka pada prosesnya.

“Mungkin kerana saya, ketika membesar sering menemani ibu, Salamiah Hassan ke studio rakaman,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Penyanyi berusia 50 tahun ini memaklumkan dia setakat ini melaburkan RM50,000 untuk album tersebut.

Katanya peruntukan yang digunakan adalah wang yang dikumpulnya hasil kerja-kerja membuat persembahan.

“Saya memang sedang usaha untuk dapatkan geran, Insya-Allah. Kalau berjaya, dapatlah saya bayar semula wang simpanan yang saya gunakan.

“Tapi setakat ini, RM50,000 cukup untuk terbitkan lapan buah lagu. Sebenarnya kalau tahu caranya, banyak wang boleh dijimatkan. Dengan dana yang ada, saya boleh ulang alik ke Indonesia rakam lagu-lagu ini di sana.

“Malah, muzik video lagu Cinta Sampai Mati juga saya hasilkan dengan duit simpanan ini. Tidaklah sukar, guna telefon bimbit sahaja,” kongsinya.

Disoal mengenai kualiti album itu, Atilia berkata sudut berkenaan tetap dijaga meskipun peruntukan yang dilaburkan tidaklah mencecah ratusan ribu.

“Roslan Aziz, ketika dia terbitkan album pertama saya, ada berpesan agar saya jaga kualiti produk muzik yang saya hasilkan.

“Saya faham akan perkara itu dan tahu cara mendapatkannya walaupun peruntukan sedikit,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya