Alami sesak nafas di lokasi penggambaran, Zamarul Hisham masuk hospital - Utusan Malaysia

Alami sesak nafas di lokasi penggambaran, Zamarul Hisham masuk hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zamarul Hisham dikejarkan ke hospital sekitar pukul 2 pagi tadi selepas mengalami sesak nafas ketika menjalani penggambaran sebuah drama terbitan Zeel Production di Port Dickson, malam tadi.

Perkara itu turut disahkan oleh isterinya, Diana Rafar yang memberitahu suaminya kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital (ICU) namun kondisi penyakitnya belum dikongsikan doktor.

“Saya dan anak-anak ketika itu berada di hotel berhampiran lokasi penggambaran dan terus bergegas ke sana sebaik dihubungi penerbit, Haji Zeel yang meminta saya datang segera.

“Ketika saya sampai saya tengok abang (Zamarul) sedang diurut beberapa kru, manakala keadaannya juga nampak lemah sambil terbaring yang membuatkan kami semua panik.

“Salah seorang kru menghubungi ambulans yang membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, Diana turut memberitahu suaminya tidak pernah mengalami sebarang penyakit serius memandangkan dia aktif mengamalkan gaya hidup sihat.

“Sepanjang pengetahuan saya, abang tidak pernah menghidap sebarang penyakit malah mengamalkan gaya hidup sihat.

“Kami cuma tunggu makluman doktor sekejap lagi. Doakan semoga abang sihat semula. Mungkin sebab dia terlalu penat bekerja.

“Syukur saya dan anak-anak turut serta ke Port Dickson menemani abang sejak tiga hari lalu, jadi dapat segera ke hospital tengah malam tadi,” ujarnya.

Diana berkata, sepatutnya malam tadi merupakan hari terakhir penggambaran drama yang menyaksikan gandingan Zamarul dan Elly Mazlein.

Sebelum ini, Diana berkongsi detik cemas itu dalam beberapa perkongsian di Instagram ketika Zamarul mengalami sesak nafas di lokasi penggambaran.

Malah, pelakon drama Ternyata Sebuah Bahagia itu sempat dibantu oleh beberapa krew yang terlibat sebelum ambulans tiba.

Dalam perkongsian sama, Diana turut memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan suaminya selain berharap tiada apa yang serius menimpa pelakon versatile itu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya