Akta perhimpunan awam, antara tumpuan Dewan Rakyat esok

Akta perhimpunan awam, antara tumpuan Dewan Rakyat esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isu berkaitan Akta Perhimpunan Aman 2012 antara perkara yang bakal dibangkitkan dan dijangka menjadi tumpuan utama di Dewan Rakyat esok.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat, perkara tersebut terkandung dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan yang akan diajukan oleh Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka).

Pertanyaan tersebut melihat kepada langkah kerajaan bersedia untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi memudahkan rakyat berhimpun secara aman tanpa perlu memohon kebenaran daripada pihak berkaitan sebelum berhimpun.

Pada sesi sama, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang meminta Perdana Menteri menyatakan apakah punca ramai pelabur asing menjual pegangan saham mereka dalam negara bagi tempoh kebelakangan ini.

Azahari Hasan (PN-Padang Rengas) meminta Menteri Komunikasi menyatakan menyatakan langkah-langkah terkini yang diambil oleh kementerian untuk membanteras aktiviti judi dalam talian yang semakin berleluasa, termasuk usaha penguatkuasaan undang-undang dan kerjasama dengan pihak penyedia perkhidmatan internet serta platform digital.

Persidangan Dewan Rakyat kemudian akan diteruskan dengan menyambung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya