Akta Perhimpunan Aman 2012 dipinda- Anwar

Akta Perhimpunan Aman 2012 bakal dipinda- Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) untuk memudahkan pelaksanaan sebarang keputusan daripada mana-mana pihak yang ingin mengadakan perhimpunan aman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa perkara akan dipinda dalam akta berkenaan termasuklah mendapatkan kelulusan daripada penghuni premis untuk mengadakan perhimpunan.

“Ini bermakna keperluan mendapat kelulusan tempat yang disebut dalam beberapa perkara itu akan dipinda dan diketepikan, yang disebut iaitu Seksyen 11 Akta 736 hendaklah peroleh persetujuan pemunya atau penghuni tempat yang jadi pertikaian sekarang ini akan dikeluarkan dari peraturan yang ditetapkan.

“Yang diperlukan hanyalah pemberitahuan lima hari sebelum supaya polis dapat jaga keselamatan kawalan dan lalu lintas,” katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Terdahulu, Khoo Poay Tiong (DAP-Kota Melaka) meminta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan bersedia meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 atau Akta 736 bagi memudahkan rakyat berhimpun secara aman tanpa perlu memohon kebenaran daripada pihak berkaitan sebelum berhimpun.

Kata Anwar lagi, siasatan terhadap 10 orang mahasiswa berikutan Perhimpunan Anti Rasuah yang dianjurkan baru-baru ini turut akan dihentikan dan memberi jaminan bahawa tiada sebarang tindakan yang akan diambil.

“Begitu juga dengan pihak yang terlibat dengan aktiviti mogok lapar bantahan tunjuk perasaan SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas 2012) beberapa hari lalu, juga tidak akan diambil tindakan.

“Walaupun pindaan akan dibuat pada sesi akan datang, kita sudah beri moratorium, maknanya polis tidak akan mengguna pakai undang-undang itu dan memberi kelonggaran dengan maksud pemakluman, pemberitahuan lima hari supaya polis tahu dimana perlu menjaga lalu lintas dan keselamatan.

“Ini berita baik dari kerajaan Madani yang belum pernah dibuat kerajaan terdahulu termasuk kerajaan sana (Perikatan Nasional),” katanya-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya