Akta Anti-Diskriminasi Kaum tangani bibit perpecahan rakyat - Guan Eng

Akta Anti-Diskriminasi Kaum tangani bibit perpecahan rakyat – Guan Eng

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan digesa menggubal Akta Anti-Diskriminasi Kaum dengan segera sebagai langkah tegas menangani ucapan kebencian, rasis dan tindakan provokatif yang boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, akta itu penting bagi menangani sikap individu tidak bertanggungjawab termasuk orang politik daripada terlibat dalam ucapan kebencian yang boleh memecahbelahkan rakyat Malaysia dengan menimbulkan kebencian terhadap sesuatu komuniti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, ini adalah satu realiti yang perlu ditangani melalui tindakan penguatkuasaan dan hukuman.

“Kegagalan untuk berbuat demikian akan membawa akibat yang buruk dan jauh, bukan sahaja akan memecahbelahkan negara tetapi juga akan menyebabkan keruntuhan keharmonian kaum dan agama, serta penghormatan dan toleransi terhadap kepelbagaian yang menjadi ciri-ciri ‘Malaysia Truly Asia’.

“Masanya telah tiba untuk Akta Anti-Diskriminasi Kaum digubal bagi mengawal dan mengambil tindakan terhadap pihak yang sengaja menghasut kebencian kaum dan tindakan ekstremis yang mensasarkan mana-mana komuniti semata-mata atas dasar bangsa atau latar belakang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai seorang penjual jagung dengan meletakkan notis jualan mengandungi unsur perkauman dan tidak wajar digunakan yang tular di media sosial.

Video berkenaan dipercayai dirakam seorang wanita India pada Jumaat lalu dan istilah tersebut dianggap sebagai penghinaan terhadap masyarakat India di negara ini.

Guan Eng berkata, kejadian seumpama itu adalah sangat membimbangkan dan menunjukkan sejauh mana sentimen perkauman yang tidak sihat dan tidak rasional telah mempengaruhi segelintir golongan masyarakat.

“Sentimen perkauman seperti ini yang ditunjukkan oleh seorang individu secara terbuka dan tanpa rasa malu tidak lagi boleh dianggap sebagai sesuatu yang remeh, sama seperti ucapan rasis dari ahli politik ekstrem,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya