Akibat perselisihan faham, lelaki maut ditikam isteri

Akibat perselisihan faham, lelaki maut ditikam isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut selepas ditikam isterinya dalam kejadian di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di Kajang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun yang bekerja sebagai kontraktor.

Pihaknya menerima laporan daripada orang awam sebelum sepasukan polis bersama pasukan forensik dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Senjata yang digunakan iaitu sebilah pisau, telah dirampas bersama beberapa barang kes lain untuk siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Naazron, suspek yang berusia 59 tahun dan merupakan isteri kepada mangsa telah ditahan serta direman selama lima hari bermula hari ini hingga Jumaat bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara pasangan itu, yang telah mendirikan rumah tangga sejak 1988.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat pada pukul 12.30 tengah hari, dan hasilnya mendapati punca kematian adalah kesan tikaman berganda (multiple stab wounds),” katanya.

Jelasnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, selain sebatan tidak kurang 12 kali jika tidak dijatuhi hukuman mati. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya