PETALING JAYA: Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) mengumumkan pelancaran laman web kelestarian baharu di laman web korporat syarikat, menandakan satu langkah penting dalam usaha kelestarian AMB.
Menurut kenyataan, laman web kelestarian itu memberikan perspektif yang lebih luas mengenai komitmen AMB terhadap kelestarian masyarakat.
“Ini selaras dengan Matlamat Kumpulan Ajinomoto dan Hasil Kelestarian 2030, laitu Mengurangkan Kesan Alam Sekitar sebanyak 50 peratus serta Membantu Memanjangkan Jangka Hayat Sihat 1 bilion Penduduk.
“Dengan penekanan kepada kesederhanaan dan kebolehcapaian, laman web baharu ini membolehkan para pemegang taruh memahami dengan lebih mendalam mengenai inisiatif kelestarian.
“Ini juga untuk mereka memahami sumbangan AMB dalam Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) seperti yang dinyatakan dalam visi kami iaitu ‘Membawa kebahagiaan dengan cita rasa yang menyatukan, menginspirasi kreativiti makanan dalam kehidupan anda’,” katanya.
AMN menjemput semua untuk melawat laman web kelestarian baharunya dengan melayari https://www.ajinomoto.com.my/sustainability. – UTUSAN