AI bantu eksport kandungan media ke luar negara - Suhaimi Sulaiman - Utusan Malaysia

AI bantu eksport kandungan media ke luar negara – Suhaimi Sulaiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata fungsi alih bahasa yang terdapat pada kecerdasan buatan (A.I) membantu stesen penyiaran mengeksport kandungan media ke luar negara.

Katanya, disebabkan itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedang kedepan memanfaatkan teknologi itu bagi tujuan berkenaan.

“RTM sedang rancak menggunakan AI untuk mengalih bahasa berita, dokumentari dan sebagainya kepada bahasa asing agar ia dapat dieksport ke negara luar khususnya serantau ASEAN.

“Kita mencontohi Jepun yang menjual berita ke negara lain. Mereka juga menggunakan AI bagi menukar bahasa untuk mengeksport kandungan berita mereka.

“Jadi, kita juga mahu kedepan dari segi itu,” katanya pada sidang media Puasa! Raya! RTM 2025.

Kata Suhaimi lagi, masyarakat tidak perlu khuatir kerana AI tidak akan memansuhkan keperluan tenaga manusia dalam bidang penyiaran malah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

“AI tidak mungkin dapat mengambil alih sepenuhnya peranan manusia, tapi ia dapat melakukan kerja-kerja yang mudah seperti alih bahasa berita atau mencipta klon pembaca berita untuk membaca berita pendek.

“Dengan ini, sumber manusia dapat dijimatkan dan dimanfaatkan bagi kerja-kerja lebih berat, tak adalah kita buang masa buat kerja remeh,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya