Agy terkilan dituduh ‘memondan’ - Utusan Malaysia

Agy terkilan dituduh ‘memondan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sebelum ini, pernah sahaja Cik Bunga dengar perihal penyanyi baharu, Agy. Kononnya, dia ini cukup gemar berpakaian ala-ala avant garde dan selesa dengan penampilan begitu. 

Tetapi hanya jika dia tampil untuk acara-acara hiburan sahajalah. Tidaklah sampai hendak pergi pasar raya beli barang dapur pun pakai baju begitu. Logiklah sikit bukan. 

Namun, berpakaian dengan konsep menghargai seni fesyen ini berbeza dengan tindakan seseorang itu cuba untuk berpenampilan ‘cross-dressing’ atau cuba jadi wanita. 

Bahasa kasarnya cuba jadi pondanlah. Ada khabar yang sampai ke telinga Cik Bunga, Agy tidak selesa apabila orang menganggap fesyen yang dibawakan disebabkan dia mahu tunjuk bahawa dirinya itu pondan. 

Sumber Cik Bunga beritahu, Agy bengang apabila orang menganggapnya begitu kerana dia tidak pernah cuba nak jadi pondan.  

Malang nasib Agy, khabarnya dia juga sebenarnya dalam perancangan untuk menghasilkan single baharu namun perkara itu seakan tergendala kerana kebetulan isu-isu berbangkit dalam industri seni hiburan sekarang. 

Iyalah, bila ada yang memetik namanya sebagai antara pempengaruh dan artis yang berpakaian ala wanita, Agy tak berkenanlah dengan hal itu. Benda dia tak buat. 

Cik Bunga harap Agy pun dapat beri penjelasan berkenaan hal ini. Lebih baik begitu demi membersihkan nama. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya