KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, menzahirkan rasa bimbang dengan budaya fitnah dan hasutan di media sosial.
Seri Paduka bertitah, perkara itu akan menyebabkan rakyat menjadi keliru, bermusuhan dan berpecah belah.
“Kerajaan perlu tegas dalam membendung budaya itu dan bersikap proaktif untuk memberikan maklumat yang betul dan dipercayai,” titah baginda ketika pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 hari ini.
Sementara itu, Seri Paduka turut bertitah supaya sistem perkhidmatan kerajaan perlu dinaik taraf dengan penggunaan teknologi digital yang lebih canggih dan berkesan.
“Langkah itu perlu, bagi membanteras amalan rasuah serta penyalahgunaan kuasa dan budaya ‘Red Tape’ dapat dihapuskan.
“Ini bagi membanteras amalan rasuah, dan salah guna kuasa, serta budaya ‘red tape’ yang menyusahkan urusan rakyat,” titah Seri Paduka. – UTUSAN